Thursday, October 15, 2015

Menulis.Melihat.Merenung. Untuk apa ya hidup kita ini?




Mimpi. Saya selalu bermimpi. Kita semua pasti selalu bermimpi. Dan pastinya mimpi kita berbeza-beza. Dalam banyak-banyak mimpi, saya seringkali bermimpikan menaiki keretapi. Dan keretapi itu di negara Jepun. Sungguh indah sekali. Dengan bunyi keretapi yang berdegak-deguk membuatkan jantung saya berdebar kencang. Saya seakan-akan tenggelam di dalam bunyi itu. Namun apabila tersedar daripada mimpi itu, saya pasti yang bunyi itu masih segar di telinga saya. Melihat keadaan bilik dan alam di luar yang masih gelap ketika itu membuatkan saya mahu kembali menutup mata. Saya masih mahu bermimpi. Perjalanan saya di dalam keretapi itu baru sahaja bermula. Densha!!! Matta Na!!